Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik PA Tuan Ash’

Tatkala usia mencecah 30-an, soalan tentang perkahwinan pasti akan timbul. Drama Sakura terbaharu ‘Cik PA Tuan Ash’ memperlihat cabaran yang berkisar hal ini.


Ash merupakan seorang jejaka bujang. Namun, dia tidak berhasrat untuk mengekalkan status itu selamanya. Bahkan dia mempunyai misi untuk ke jinjang pelamin sebelum usianya mencecah 35 tahun.

Untuk merealisasikan impiannya, Ash telah berjumpa dengan beberapa wanita dengan tujuan untuk mencari teman hidup.

Pembantu peribadinya, Husna, telah banyak membantu Ash dalam hal ini. Pelbagai tips tentang dunia percintaan telah dikongsinya supaya Ash lebih cekap. Namun, penglibatannya juga telah membuat dirinya serabut memikirkan kisah cinta bosnya itu.

Husna juga mempunyai rasa ingin disayangi. Takdir telah menemukannya dengan Sam. Namun, hubungan mereka goyah kerana Ash. Setiap kali Husna dan Sam bertemu, pasti ada gangguan dari Ash yang memerlukan khidmat bantuannya tentang hal percintaannya.

Husna akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Namun, tanpa sedar, Ash juga telah mula jatuh hati terhadap Husna.

Adakah kisah cintanya terhadap Husna ini bakal terhenti begitu sahaja?

Cerita Apa? ‘Cik PA Tuan Ash’
Hari Apa? Setiap Rabu & Khamis
Jam Berapa? 6.00 pm
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan