Bengang Fara Salleh Sebar Nombor Telefon, Rossa Sera Pula Dedah Kerap Dihina? – “Kau Panggil Anakku Pelac*r, Mak Ayahku Muka B*bi”

Sekali lagi nama Fara Salleh dan bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi bualan dalam kalangan warganet apabila dilihat saling berbalah di media sosial.

Isu ini terjadi apabila Fara Salleh bertindak memuat naik nombor telefon Rossa Sera di Instagram Storiesnya (IGS) tanpa dikaburkan dengan mendakwa Sera masih mengganggunya.

“Dah tukar number pun masih mencari ke tu?” tulis Fara.

Susulan tindakan Fara itu, Sera dimaklumkan oleh pengikutnya mengenai hantaran tersebut dan dia menganggap skandal bekas suaminya itu sedang meroyan.

Malah, Sera juga mendedahkan bahawa Fara sebelum ini pernah menghina ahli keluarganya termasuk anak-anaknya dengan perkataan keji.

Bukan itu sahaja, Sera turut menyatakan dia banyak mengalah sehingga dihina kerana tidak bertegas.

“Dari dulu lagi hina-hina aku, hina muka mak ayah Sera jadi babi. Aku tak pernah buat muka mama bapa kau jadi babi lagi ya. Hina adik-adikku semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Sahar, Fara Salleh Tinggal Sebumbung?

“Panggil anak-anakku pelacur. Kau ingat ni sampai mati FARA SALLEH,” dedahnya.

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku curang dengan isterinya, Rossa Sera dengan kekasih gelapnya yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya matai aitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Walaubagaimanapun, selepas berdepan konflik rumah tangga disebabkan orang ketiga mereka mengesahkan telah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac 2023.

Atiqah Johari