Uqasha Senrose Kongsi Tidak Alami Alahan Ketika Hamil Anak Pertama – “Makan Dan Bau Semua Okay Cuma…”

Pelakon jelita Uqasha Senrose berkongsi sepanjang kehamilannya dia tidak mengalami sebarang alahan seperti yang dialami oleh ibu-ibu lazimnya.

Katanya memetik laporan Kosmo, dia bagaimanapun mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema ketika berada di luar rumah.

“Sejak hamil, saya tidak alami sebarang alahan seperti ibu-ibu hamil yang lain. Makan dan bau semuanya okay.

“Cuma saya mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema sahaja. Kalau duduk di sebelah orang yang demam, saya mudah berjangkit. Mungkin sebab antibodi badan agak lemah sewaktu hamil,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu menjelaskan sepanjang tempoh tersebut dia juga tidak mengidam apa-apa makanan yang pelik sebaliknya semua makanan tersebut mudah didapati dimana-mana.

“Kalau nak makan apa-apa, boleh dapat di mana-mana sahaja dengan mudah.

“Saya juga tidak alami masalah mengidam yang pelik-pelik,” ulasnya.

Terdahulu, Uqasha berkongsi berita gembira itu menerusi platform Instagram miliknya pada Ahad.

Malah, dia juga mengaku gementar untuk memulakan pengalaman dan langkah terbaharu sebagai seorang ibu.

 

 

Sumber: Kosmo, Instagram

Salma Syahbuddin