Categories: Trending

Lagi Sebulan Nak Naik Pelamin, Bakal Suami Ini Mengaku Rog*l Gadis Tingkatan 1 Hingga Lahirkan Anak

Siapa sangka, lebih kurang hampir sebulan sebelum melangsungkan perkahwinan, seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol gadis bawah umur sehingga melahirkan anak.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan dua tahun lalu itu antara Mei hingga November 2022.

Difahamkan, mangsa sudah melahirkan bayi seminggu selepas dia ditahan polis pada 30 April tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pelaku, Mohamad Haidil Haiqal Abdullah, 20 yang ditemani tunangnya, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dalam pada itu, suspek yang bekerja di kebun kelapa sawit bertindak kejam dengan merogol gadis malang tersebut di sebuah rumah di Kluang.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati, ia sepadan dengan tertuduh.

“Dalam kes ini, mangsa masih di bawah umur dan kesalahan ini adalah serius. Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh,” kata Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan fakta kes, hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan tertuduh pesalah muda.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie