[VIDEO] Peminat Sangka Sudah Hamil, Najwa Latif Tampil Perjelas – “Saya Kena Jawab Juga Benda Ini Sebab…”

Penyanyi Najwa Latif tampil menjawab spekulasi yang mendakwanya kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Najwa atau lebih mesra disapa Wawa itu menjawab pertanyaan peminatnya menerusi sesi ‘Ask Me A Question’.

Persoalan itu timbul apabila peminatnya bertanyakan adakah Najwa kini sedang hamil anak pertama malah turut mendoakan segala urusan dipermudahkan.

“Wawa mengandung ya? Semoga dipermudahkan semuanya ya,” soal seorang peminat.

Tidak berdiam diri, Najwa tampil menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan dia belum hamil sebaliknya memohon semua mendoakannya.

“Tidak…saya tidak hamil.

“Saya kena jawab juga benda ini sebab takut nanti selepas 9 bulan anda macam tertanya ‘apa dah jadi?’.

“Jadi, saya tak hamil dan doakan yang baik-baik. Saya belum mengandung lagi. Terima kasih,” jawab Najwa menerusi sebuah video.

Terdahulu, timbul beberapa spekulasi apabila ramai yang mendakwa pelantun lagu Kosong itu sedang berbadan dua dek kerana penampilannya di beberapa buah konsert sebelum ini.

Untuk rekod, Najwa yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Minta Najwa Latif Buat Konsert Solo, Tuan Badan Beri Respons – “Saya Belum Rasa Layak…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kenapa Kita Tersenyum Ni” – Nyanyi Bersama, Najwa Latif & Akwa Arifin Buat Peminat Tak Keruan…Sweetnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Genap 8 Bulan Hidup Bersama, Najwa Latif Kongsi Video Akwa Ariffin Melamar Guna Lagu – “You Are The Best Husband”

Khairil Khusyairi