[VIDEO] Cantik! Penampilan Ameera Khan Tarik Perhatian Sampai Dikerumuni Wanita-Wanita Arab – “Dia Dah Macam Orang Sana”

Selebriti media sosial Ameera Khan mencuri tumpuan warganet baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, tular satu rakaman video yang memaparkan Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berada di Tanah Suci Arab.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan Ameera dikerumuni oleh wanita-wanita dipercayai berbangsa Arab sambil berborak bersama di perkarangan masjid.

Wanita-wanita Arab tersebut seolah-olah teruja bertemu dengan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu.

Wanita-wanita Arab itu juga dilihat beberapa kali memegang tudung yang dipakai Ameera seolah-olah memuji penampilan Ameera yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya memuji penampilan sopan Ameera malah menyifatkan Ameera seperti wanita-wanita Arab apabila bersama wanita-wanita tersebut.

Khairil Khusyairi