[VIDEO] “Nampak Rara Menyimpan Sesuatu Di Dalam Hati” – Tiada Lagi Gandingan Bersama Tyzo, Netizen Luah Rasa Sedih

Perkongsian penyampai radio Shiera atau Rara menjadi tumpuan warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shiera memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.

Dalam video tersebut, Shiera mengingatkan agar terus menyokong dan mendengar stesen radio tempatnya bekerja iaitu Suria FM.

Namun, Shiera sempat berkata dia tidak kisah sekiranya dirinya menjadi mangsa cakap-cakap ramai dek kerana isu pengguguran rakan gandingannya, Tyzo, baru-baru ini.

“Kamu nak kata pada saya, kata lah. Apa benda kata… dosa kena balik pada diri sendiri.

“Kalau orang kata pada kata, kita terima yang baik-baik. Apa-apa lah,” katanya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan balas pula, rata-rata pengikut mendoakan urusan Shiera dipermudahkan biarpun ke udara tanpa rakan seperjuangan.

Malah, ada juga yang mendakwa Shiera seolah-olah menyimpan sesuatu dalam hati.

Terdahulu, kecoh apabila Tyzo yang bergandingan bersama Shiera dalam segmen Suria Petang itu ditamatkan kontrak.

Situasi menjadi lebih hangat apabila ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian penyandang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) itu.

Untuk info, Shiera dan Tyzo bergandingan dalam segmen Suria Petang sejak 2019 lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Khidmat Tyzo Berakhir 12 Januari, Kami Telah Rangka Strategi & Perancangan Baharu Tahun 2024” – DJ Lin

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

ARTIKEL BERKAITAN:“Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Sokong Tyzo Xander Sertai Radio Hot FM!

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Terima Nasib Sama, Ini Pesanan Linda Onn Buat Tyzo – “Terpeleot Sikit, Bye! Menang ABP 7 Kali Pun Gantung Pada Kontrak…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

ARTIKEL BERKAITAN: Populariti DJ Lin Tak Tenggelam Biarpun Gagal Pertahan Trofi Penyampai Radio Popular – “Followers Saya Makin Bertambah”

Khairil Khusyairi