Uqasha Senrose Lakon Aksi Lagak Ngeri Sendiri & Mandi Air Sungai Tempat Bahan Buangan Najis – “Setiap Babak Dalam Filem Ni Sukar”

Pelakon versatile, Uqasha Senrose mengaku melakukan aksi lagak sendiri dalam filem terbaharunay berjudul, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong bukanlah mudah, namun ia memberikan pengalaman yang cukup berbeza buat dirinya.

Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, setiap babak dalam filem tersebut sukar apatah lagi dia perlu melakonkan babak ‘under water’ dan diikat dibawah air dalam.

Selain itu, Uqasha juga turut melakonkan babak dimana dia perlu mandi dalam air sungai yang kotor  kerana tempat tersebut menjadi tempat bahan buangan najis.

“Setiap babak dalam filem ini sukar. Antaranya, babak saya kena ikat, naik dan jatuh pokok.

“Saya juga melakukan babak ‘under water’ sendiri di mana saya diikat bawah air dalam.

“Selain itu, ada babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan najis di kampung,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Uqasha yang berasa teruja dengan berlakon dalam filem bergenre seram ini turut membuat persiapan rapi demi menjayakan wataknya.

“Ia bukan pre-produksi seperti drama biasa, sebaliknya perlu memahami skrip dan karakter dengan lebih mendalam.

“Saya baca skrip empat kali sehingga benar-benar memahami karakter Bee dan skrip juga banyak kali diubah.

“Selepas memakai kostum sebagai pegawai pemeliharaan warisan dengan solekan dan dandanan ringkas, secara perlahan ‘feel’ itu datang sendiri.

“Jason juga akan menegur jika tidak menjiwai watak dikehendaki skrip,” jelasnya.

Sekadar info, filem Sumpahan Jerunei akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 27 Julai ini.

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin