Raline Shah Pernah Dicurangi, Warga Twitter Buat Kesimpulan Rupa Paras Bukan Segalanya -“Muka Cantik Tapi Perangai Hauk Buat Apa….”

Tular sebuah ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan bahawa pelakon terkenal dari negara seberang, Raline Shah juga pernah ditinggalkan oleh kekasih walaupun mempunyai rupa paras yang cantik.

Hasil ciapan tersebut telah mendapat sambutan warganet yang rata-rata mengeluarkan kenyataan bahawa mempunyai rupa paras yang cantik tidak akan menjamin sebuah hubungan.

“Orang tu kalau nak curang, dapat partner perfect pun curang. Selagi tak rasa cukup, selagi tak bersyukur dengan apa depan mata, selagi tu dia akan prone to cheat

“Rupa bukan segalanya tapi segalanya rupa. Nak buat macam mana dah ada cantik cari yang buruk. Tak pernah puas manusia

“Relationship bukan based on rupa paras semata-mata. Kalau muka cantik perangai hauk buat apa,” tulis netizen di ruangan komen.

Hantaran itu juga turut disertakan bersama satu video temubual Raline di sebuah rancangan bual bicara di Indonesia.

Menerusi video tersebut, Raline telah berkongsi pengalamannya untuk melihat laman sosial wanita yang telah merampas teman lelakinya.

“Saya pernah mempunyai hubungan dengan sesorang tetapi telah diduakan. Jadi saya sakit hati dan juga saya mengenali perempuan yang telah diduakan itu. Pada masa itu, Instagram tidak mempunyai feature zoom in. Kawan saya melihata foto wanita tersebut menerusi handsphone saya dan berkata bahawa wajahnya biasa-biasa sahaja.

“Tiba-tiba ibu saya datang dan ingin melihat foto itu tetapi dia tidak tahu bahawa dia sudah tertekan like pada foto itu,” dedah Raline.

Izzi Farhana