Uqasha Senrose Tak Kisah Netizen Kritik Soal Saiz Badannya

Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil bersuara terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan saiz tubuh badannya.

Menurut perkongsian foto yang dimuat naik di Instagram, Uqasha memberitahu dirinya tidak mengambil peduli akan saiz tubuh badannya.

Uqasha turut berpendapat netizen yang menyakitkan hati orang dengan kritikan yang dilemparkan hanya mendapat dosa kering.

“Abang, mereka ni saya kurus cakap saya kurus sangat, tapi bila badan naik sikit terus panggil saya gemuk. Abang babap (pukul) mereka.

“Ada I kisah suka hati I lah nak chubby ke slim ke. I tengah bahagiaaa.. badan boleh turun, tapi sakit kan hati orang free-free dapat dosa kering,” tulis Uqasha.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis mahupun peminat beliau tampil memberikan kata-kata semangat buat Uqasha untuk mengendahkan saja komen-komen negatif tersebut.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal Adli telah mendirikan rumah tangga pada 5 November tahun lalu.

Maya Basir