[VIDEO] Aaisyah Dipaksa Berhias? Anak Che Ta Beri ‘Pesanan’ Buat Netizen – “Siapa-Siapa Yang Kecam…”

Umum mengetahui, puteri tunggal kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana gemar mengenakan solekan walaupun usia masih kecil.

Namun begitu, ramai warganet yang berasa kurang senang dan mempertikaikan imej Aaisyah dan mengatakan bahawa imejnya itu tidak sesuai dengan umurnya yang masih kecil malah didakwa dipaksa.

Susulan itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta memuat naik sebuah video yang memaparkan anaknya itu memberi penjelasan mengenai dakwaan ke atasnya.

Menerusi video perkongsiannya, Aaisyah menyatakan bahawa dia gemar mengenakan solekan dan tidak pernah dipaksa oleh sesiapa.

“Sapa-sapa yang kecam saya kata dipaksa pakai make-up itu salah ya! Saya memang suka,” kata Aaisyah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang positif kepada Aaisyah dan memujinya tetap cantik walaupun tanpa solekan.

Malah, ada individu berkongsi yang dia juga mempunyai anak kecil yang gemar mengenakan solekan setiap hari.

 

Atiqah Johari