[VIDEO] Aaron Aziz & Isteri Ambil Bekas Pembantu Rumah Bekerja Semula, Anak-Anak Terkejut Sampai Menangis

Pelakon Datuk Aaron Aziz dan isterinya, Datin Diyana Halik membuat kejutan kepada anak-anak mereka selepas mengambil bekas pembantu rumahnya, Nopikah Kardi kembali bekerja semula.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron dan Diyana telah memuat naik video ‘surprise’ itu setelah beberapa bulan mereka merahsiakan perkara tersebut dari anak-anak.

“Masya-Allah Tabarakallah kept this from the children for few months! It was really tough arranging for Pika to be back.

“But Alhamdulilah when Allah wills it, it will happen. Allah swt mempermudahkan send us good people to help us. Alhamdulilah

“So we surprised the children after the Bali trip. (Hence the mess with all the luggages etc). They thought they went back to an empty home. So they were really shocked to see someone they missed at home!,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, ketiga-tiga cahaya mata Aaron dan Diyana kelihatan sangat gembira sehingga menangis selepas melihat kehadiran pembantu rumah yang telah bersama mereka hampir 12 tahun itu.

“Welcome back Ka.. Alhamdulilah. And after two years they finally eat ayam goreng hahahahaha,” katanya.

Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian daripada pengikut Aaron dan Diyana yang turut tersentuh dengan reaksi mereka sekeluarga.

“Good helpers are very rare. Masya-Allah,” komen seorang pengikutnya.

“Masya-Allah.. alhamdulillah.. orang baik, kita suka,” keomen seorang warganet.

Terdahulu, Aaron dan Diyana telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003.

Mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Fatin Nurain