[VIDEO] “Adu-du-duh Berhenti Jantungku!” – Buat Trend TikTok, Ramai ‘Cemburu’ Remy Ishak ‘Sweet’ Dengan Isteri

Pelakon jejaka Remy Ishak dan isteri tercintanya, usahawan Ezza Yusof meraih perhatian ramai yang seakan ‘cemburu’ melihat gelagat pasangan sejoli ini yang tampak sangat manis bersama.

Ia ekoran sebuah video yang dikongsikan oleh Ezza mengikut trend lagu TikTok trending ‘Aduh-du-duh Berhenti Jantungku’ lagu asal tajuk Malu-Malu nyanyian V1RST dengan meletakkan gambar-gambar selfie mereka mengikut rentak lagu.

“Gambar 2021. Follow the trend,” tulisnya di kapsyen video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Ezza yang teruja melihat pasangan ini tampak sangat saling mencintai sehingga tidak henti tersenyum.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak lebih 133,000 tontonan, 6,000 tanda suka dan 72 komen.

Sekadar info, Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkahwin pada 21 Ogos 2021 di sebuah majlis tertutup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Artikel Berkaitan: “Bang… Saya Lock Bulu Kaki! ” – Tayang Foto Berseluar Pendek, Netizen Tegur Remy Ishak

Aqilah Paharuzi