[VIDEO] “Menangis Britney Spears Dengar” – Kreatifnya! Sajat Tukar Lirik Lagu ‘Toxic’, Ramai Save Buat Ringtone!

Usahawan kontroversi dan pempengaruh, Nur Sajat Kamaruzzaman tidak asing lagi sering membuat rata-rata netizen tak kering gusi dengan gelagatnya.

Terbaharu, sebuah video yang disunting oleh salah seorang pengikutnya memaparkan gelagat Sajat yang menukar lirik lagu Toxic, nyanyian asal penyanyi antarabangsa, Britney Spears.

Video berdurasi 3 minit 15 saat itu menarik perhatian ramai pihak serta selebriti, Meer Nash yang memuji tempo lirik diolah Sajat itu tepat dengan lagu asal.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menyimpan lagu ‘Toxic’ versi Sajat itu sebagai ringtone dan juga lagu alarm.

Ada juga segelintir daripada mereka yang seakan sebak melihat Sajat tampak cuba membahagiakan diri sendiri meskipun dalam diam menyimpan perasaan sunyi berada di Sydney, Australia seorang diri.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 150,000 tontonan, lebih 8,000 tanda suka dan 616 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Berjubah & Berhijab Ketika Sedekah, Sajat Dedah Trauma Masuk Bilik Tahanan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ni Baru Betul! Aku Tak Suka Aku Akan Block,” – Tukar Lirik, Netizen Terhibur Lagu ‘Swipe’ Versi Sajat

Aqilah Paharuzi