Featured By: Aqilah Paharuzi January 9, 2023 @ 2:34pm

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Pasangan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian ramai ekoran gelagat ‘masuk air’ mereka melayan peminat berdasarkan siaran langsung di TikTok.

Susulan isu panas melanda pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, Aeril dan Wawa turut terkena tempias yang disoal oleh netizen sama ada mahu bernikah lain.

Berdasarkan video berkenaan, Aeril menjawab persoalan netizen yang berkata tiada sesiapa mahukan dirinya, namun dipercayai sekadar gurauan saja.

“Sayang, ada yang tanya saya tak nak kahwin lagikah? Saya dah cakap kan, tiada yang mahu, tiada yang sudi sebab kita ni biasa-biasa saja,” jawab Aeril.

“Korang ni tak habis-habis cakap pasal kahwin, kahwin, kahwin. Awak janga nmengundang ya Aeril. Nanti ada penyondol-penyondol dengar macam mana?,” kata Wawa.

“Tapi, jangan lah awak risau, saya tiasa passport untuk pergi ke luar negara,” tambah Aeril lagi.

Menerusi video lain, ada netizen yang mengajak Aeril untuk menikah di Thailand telah mencetuskan emosi Wawa yang berang dengan individu berkenaan.

“Awak tengok ada yang ajak awak nikah di Thailand. Perempuan zaman sekarang ni Ya Tuhan. Depan-depan saya ni dia boleh cakap ajak awak kahwin,” selar Wawa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Nak ‘Lock’ Aeril Zafrel, Reaksi Wawa Zainal Mencuit Hati – “Sanggup Kehilangan Beg Mewah, Jangan Macam-Macam”

Dalam pada itu, Aeiril meminta Wawa untuk bertenang dan tidak melayan gurauan netizen.

“Awak ni dia gurau saja tu. Melampau sensitif pula awak ni, marah ke tu?,” soal Aeril pada isterinya.

“Marahlah, sekarang kan semua tengah emo pasal kahwin lain. Jadi janganlah tanya soalan yang bikin panas, jangan kau pandai pandai nak lock suami orang,” tegas Wawa.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 800,000 tontonan, 41,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan  Muhammad Fahri, setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

这个周末约定你!倪安东《Anthology Vol.I》第二波宣传

倪安东携新作《Anthology Vol.I》3月2日及3日一连两天,来马进行第二波宣传!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

Saya bukan nak burukkan, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya perlu juga lantang bersuara – Puteri Balqis

Hiburan Sun, 31 Mar 2019
Events Wed, 11 Jul 2018

Anda Peminat K-Pop? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Barangan Eksklusif Daripada Wanna One Hanya Di Cj Wow Shop

Buat pelanggan mahupun peminat Wanna One yang membeli barangan eksklusif ini, anda juga layak menerima hadiah misteri daripada kumpulan popular mereka.

Trending Hari Ini Wed, 29 Apr 2020

Negara Kini Memasuki Fasa Pemulihan, Rakyat Dituntut Terus Patuh Arahan PKP

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersatu dalam hal ni!

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Trending Wed, 12 Jun 2019

Pengakhiran ‘Derita’ Ainul Mardhiah..

Pengakhiran penderitaan Ainul Mardhiah..

Hiburan Sun, 26 Nov 2023