Hiburan By: Maya Basir November 26, 2023 @ 2:03pm

Famili Duo 3: Letak Sasaran Sebagai Juara, Sharif & Syaiful Teruskan Niat Sumbang Wang Kemenangan Pada Mangsa Perang Palestin

Pelawak dan pasangan duo, Sharif dan Syaiful meluahkan rasa bimbang susulan isu pertubuhan tabung wang sumbangan ke mangsa Palestin yang didakwa diselewengkan.

Menurut Sharif, namun isu tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan niat mereka untuk sumbangan sekiranya memenangi pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3).

“Hasrat menyumbang kepada tabung Palestin akan diteruskan sekiranya kami menang di separuh akhir dan final dua minggu lagi. Itu adalah sasaran kami,” katanya.

Pasangan adik beradik ini ditemui di majlis sidang media Famili Duo Roadshow OGAWA di KL East Mall, Kuala Lumpur, semalam.

Meskipun telah memenangi tiga kali juara mingguan, Sharif dan Syaiful tidak mahu meletakkan posisi mereka dalam zon selesa.

Selain itu, mereka akui pentas FD3 merupakan cabaran yang sukar buat mereka walaupun sudah biasa menyertai pertandingan lawak sebelum ini.

“Sebenarnya agak tertekan juga selepas menang tiga kali. Setiap minggu kami sudah berikan yang terbaik. Takut di minggu akhir hilang idea pula. Itulah yang selalu berlaku dalam pertandingan sebelum ini.

“Pernah menyertai banyak pertandingan mungkin satu kelebihan buat kami tapi di FD3 ini adalah program nyanyian.

“Cuma pengalaman lepas kami gunakan sebaik mungkin untuk rasa selesa di atas pentas,” ujarnya.

Sementara itu, Sharif memaklumkan bakal melancarkan lagu bersama adiknya iaitu Atu dan menganggap FD3 sebagai satu platform terbaik untuk mereka serlahkan bakat nyanyian.

“Lepas habis FD3 kami akan lancarkan lagu baru. Kami ini bukanlah penyanyi cuma peluang ini diambil untuk kembangkan bakat dalam dunia seni,” jelasnya.

Minggu ketujuh ini, Sharif dan Syaiful bakal tampil dengan lagu berjudul Seperti Mati Lampu dengan memasukkan elemen hip hop.

Pada minggu ketujuh ini mereka akan membuat persembahan bertemakan Hip Hop dan Dance.

Selain Sharif dan Syaiful, program ini turut disertai oleh duo Ryan dan Adam, Shila dan Syahir, Tom dan Fuad, Adira dan Emma, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 atau secara strim di platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

DAYANG NURFAIZAH TERUJA WALAUPUN NERVOUS. TAHNIAH!

Dayang turut menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit nya yang terdahulu seperti, Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, dan banyak lagi. 

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩

Featured Sat, 25 Sep 2021
Selebriti Thu, 28 Dec 2023
Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022