Hiburan By: Salma Syahbuddin January 4, 2018 @ 4:44am

DAYANG NURFAIZAH TERUJA WALAUPUN NERVOUS. TAHNIAH!

Kalau sebut sahaja nama penyanyi Dayang Nurfaizah, mesti lagu Lelaki Teragung akan terngiang-ngiang ditelinga seluruh peminatnya tidak kira tua atau muda. 

Penyanyi popular ini menyatakan rasa terharu beliau apabila impiannya untuk mengadakan konsert di Esplanade Theatre, Singapura menjadi kenyataan. Dayang juga tidak menyangka Esplanade Theatre yang boleh memuatkan hampir 1600 penonton itu penuh dengan kehadiran peminat-peminatnya.

“Alhamdulillah, impian saya jadi kenyataan. Sudah lama saya berhasrat untuk mengadakan konsert di Singapura dan ia menjadi realiti. Tidak tergambar perasaan saya pada hari ini melihat sokongan yang diberikan peminat daripada Singapura dan Malaysia yang membeli tiket untuk menyaksikan persembahan saya,” katanya.

Penyanyi kelahiran Sarawak ini,  turut berpuas hati apabila dapat memenuhi impian dan permintaan para peminatnya dari segi pemilihan lagu dalam konsert sulungnya di Singapura.

“Dalam konsert ini, 90 peratus lagu adalah daripada permintaan peminat di laman sosial dan kebanyakan mereka ialah peminat saya di Singapura. Walaupun saya ‘nervous’ ketika melihat dewan berprestij ini penuh, namun disebabkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada mereka saya teruja,” ujarnya.

Antara aksi Dayang ketikamembuat persembahan di Esplanade Theatre, Singapura

Inilah gaya seorang Ratu R&B ketika membuat persembahan

 Dayang turut menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit nya yang terdahulu seperti, Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, dan banyak lagi. 

Konsert tersebut telah berlangsung selama dua jam bermula pada jam 8 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Sun, 24 Apr 2022

Nelayan Warga Asing Ceroboh Perairan Negara, RM2 Juta Hasil Laut dan Diesel Dirampas

Hasil laut,diesel RM2 juta dirampas, nelayan warga asing ditahan.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Fab Foodies! Thu, 9 May 2019