Trending By: Attiqah Mohd December 3, 2020 @ 5:16pm

Hampir 100,000 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Akibat COVID-19

Sistem Insuran Pekerja (SIP) merekodkan seramai 99,696 pekerja diberhentikan atas pelbagai sebab antara Januari hingga 27 November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, berkata menerusi data PERKESO, dianggarkan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja adalah daripada golongan B40 berpendapatan RM4,000 ke bawah. 

Antara sebab itu ialah penutupan perniagaan, pengecilan tenaga kerja, Skim Pemisahan Sukarela (VSS), Skim pemberhentian Kerja dengan Persetujuan Bersama (MSS), syarikat mengalami masalah kewangan kritikal, penutupan separa, pengambilalihan dan penempatan semula syarikat.

“Berdasarkan rekod SIP hingga 27 November lalu, bilangan kehilangan pekerjaan membabitkan kategori pengurus ialah seramai 13,109 orang manakala profesional (26,079 orang) serta juruteknik dan profesional bersekutu (19,095 orang).

“Kategori ini adalah kalangan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke atas.

“Faktor-faktor tersebut disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri secara global disebabkan pandemik COVID-19 yang di luar kawalan.” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Kredit foto: NSTP/ Aswadi Alias

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Anzalna Nasir Bakal Jadi Ibu, Tahniah!

Alhamdulillah…penantian Anzalna dan Hanif akhirnya terjawab. Syukur!

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Selepas Al Mawlid, Lah Ahmad Sertai Raihan?

Tulisnya, “Mungkin berkat recording mereka jugak lah yang melenturkan hati kami yg lain untuk berubah. Apapun memang @raihan evergreen till jannah,”

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Mon, 11 Jan 2021

“Masing-Masing Ada Cara Sendiri” – Aina Abdul Komen Isu Dibandingkan Dengan Ernie Zakri

Siapa kat sini tak sabar nak tunggu performance Ernie dan Aina di AJL 35 nanti?

Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Wed, 3 Feb 2021

Bayaran Rayuan GKP Bermula 5 Februari 2021

Semoga nasib para peniaga kecilan terbela