[VIDEO] Aksi Gelek Putera Bongsu Nora Danish Cuit Hati Netizen – “Amboi! Overshadow Nampak”

Aksi comel pelakon Nora Danish dan putera bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim dalam hantaran terbaharu di Instagram mencuri tumpuan apabila kecomelan mereka menjadi perbualan ramai.

Rakaman pendek terbabit memaparkan Nora sedang menari dengan tubuhnya diselubungi kain namun tidak beberapa lama kemudian muncul Neqayl di sisinya yang turut menari bersama.

Namun apa yang mencuri perhatian warganet apabila gelagat Neqayl yang turut menyelubung kain di tubuhnya ketika sedang bergelek ternyata mencuit hati semua termasuklah Nora yang berada di sebelahnya.

“Amboi overshadow nampak,” tulis Nora di ruangan kapsyen.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telapun menerima lebih 400,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka di Instagram Nora.

Mohamed Neqayl Nedim dilahirkan pada 22 Februari 2018.

Nora mendirikan rumah tangga bersama usahawan Nedim Nazri Aziz pada Mac 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai pengikut memuji kecomelan Neqayl malah ada juga yang berseloroh aksi gelek Neqayl itu ibarat ulat bulu.

Khairil Khusyairi