[VIDEO] Ambil Kesempatan Cium BCL Semasa Konsert, Ramai Terkejut & Kecam Ray Prasetya

Walaupun sudah lima hari penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengadakan konsert siri jelajah antarabangsa  ‘Blossom’ di Singapura, namun kemeriahan ia masih dapat dirasai oleh seluruh peminatnya.

Bukan itu sahaja, kehadiran vokalis kumpulan Noah, Ariel juga turut menggamatkan suasana apabila kedua-dua artis popular Indonesia ini tampil menyanyikan lagu duet mereka berjudul Menghapus Jejakmu.

 

Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak adalah ketika persembahan melibatkan penyanyi baru dari seberang itu yang dikenali sebagai Muhammad Raynald Prasetya atau lebih dikenali sebagai Ray yang secara tiba-tiba mencium BCL di pipi ketika persembahan mereka membawakan lagu Aku Dan Dirimu.

Sebelum aksi tersebut berlaku, Ray dilihat telah meminta BCL untuk menoleh ke belakang seolah-olah ada sesuatu yang berlaku sebelum mengambil kesempatan itu untuk berbuat demikian.

Terkejut dengan tindakan anak muda berusia 25 tahun itu, BCL kemudian dilihat menepuk bahu Ray sambil ketawa.

 

Tindakan Ray itu nampaknya tidak disenangi oleh rata-rata peminat BCL yang menganggap ia adalah sesuatu yang tidak sopan memandangkan anak dan ibu BCL, Noah turut hadir dan menyaksikan persembahan tersebut.

 

Sumber: Instagram,

Salma Syahbuddin