Disangka Cerai Akibat Tiada Persefahaman, Rupanya Artis Wanita Janda Anak 1 Kantoi Curang Dengan Suami Orang?

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi mengenai seorang artis wanita yang berstatus janda dan mempunyai seorang anak perempuan menjalin hubungan cinta dengan suami orang.

Memetik laporan Gempak, disangkakan artis wanita tersebut memilih untuk berpisah dengan bekas suaminya gara-gara tiada lagi persefahaman namun ternyata artis wanita tersebut kantoi curang dengan suami orang.

Menurut sumber, apa yang lebih mengejutkan adalah artis wanita tersebut telah menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki berstatus suami orang itu sejak menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, sejak hubungan cinta mereka terjalin, rumah tangga lelaki tersebut turut bermasalah.

Malah, lelaki tersebut telah lama bernikah dengan isterinya dan baru dikurniakan seorang cahaya mata beberapa tahun lepas.

Sumber: Gempak, Miss K

Atiqah Johari