[VIDEO] “Nak Ummi & Daddy” – Disoal Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Buat Shakilla Khoriri Terdiam

Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi sebuah video memaparkan perbualannya bersama puteri sulung, Ameena Sofia yang bercerita mengenai kebaikan menunaikan solat dan bertanya soal kehidupan di akhirat kelak, baru-baru ini.

Umum sedia maklum, Shakilla dan bekas suaminya, penyampai radio Hot FM Fizi Ali membuat keputusan untuk berpisah pada Disember tahun lalu.

Apabila Shakilla bertanya kepada Ameena, apakah permintaan yang puteri tercintanya inginkan sewaktu di dalam syurga nanti, jawapan anaknya itu membuatkan dirinya tersentak dan menyentuh perasaan.

“Ummi, dalam syurga ada apa?,” soal Ameena.

“Syurga ada macam macam. Ameena nak ada apa dalam Syurga?,” kata Shakilla.

“Ameena nak ummi dengan daddy,” kata anaknya yang berusia tiga tahun itu.

Dalam pada itu, Shakilla mengakui tidak mampu membalas kenyataan anak kecil yang sentiasa jujur itu.

“Kadang ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat. Speehless. Semoga yang baik-baik je untuk anak ni,” tulis aktres Bisik Bisik Gelora di ruangan kapsyen.

Perkongsian yang dimuat naik Shakilla menerusi akaun TikTok rasminya telah meraih pelbagai reaksi dimana rata-rata mereka meruntum jiwa melihat gelagat anak kecil itu.

Rata-rata netizen tidak menafikan mereka turut sebak mendengar luahan hati Ameena itu.

Ramai dalam kalangan mereka mendoakan semoga anak kecil ini sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih 100,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan 112 komen.

Aqilah Paharuzi