[VIDEO] Anak Tertumpahkan ‘Cutex’ Pada Seluar & Baju Jenama Terkenal, Tomok Bayar Ganti Rugi Cecah Lebih RM5,000… Syukur Ada Yang Beli Semula!

Penyanyi, Tomok berkongsi sebuah video di Instagram miliknya memohon bantuan orang ramai untuk membeli seluar dan baju berjenama Levis.

Menurut Tomok, anaknya tanpa sengaja tertumpahkan pewarna kuku berwarna merah di empat helai seluar jeans limited berharga lebih RM1,000 dan tiga helai baju mencecah RM400 dan RM800.

Menerusi video berkenaan, Tomok akur atas kejadian yang berlaku merupakan kekhilafan dirinya dan sedia mengambil tanggungjawab untuk membayar ganti rugi lebih RM5,000.

Tomok juga meminta tolong pengikutnya untuk membantu mengurangkan beban tersebut dengan membeli seluar dan baju tersebut bukan dalam harga asal.

Terkini, di ruangan komen perkongsian terbaru Tomok di Instagram  semua seluar dan baju tersebut telahpun laris terjual.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sayu atas nasib menimpa pelantun lagu ‘evergreen’ Sejarah Mungkin Berulang ini.

Tidak kurang rakan seleberiti seperti pengusaha produk kosmetik, Anas Zahrin mahu membeli seluar tersebut dan pelakon Sharnaaz memberi semangat kepada Tomok.

“Bertabahlah… nak gelak pun ada tapi kesian lagi banyaklah. Ragam anak-anak bro. Steady Tom,” tulis Sharnaaz.

Aqilah Paharuzi