Tak Sangka Novel Kerana Cinta Itu Ada Laris Dijual, Nabila Razali Berhasrat Terbit Buku Lagi

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali tampil meluahkan rasa syukurnya selepas menyedari novel yang ditulisnya, Kerana Cinta Itu Ada meraih sambutan luar biasa dalam kalangan pembaca.

Malah, novel terbitannya itu turut berpeluang untuk dijadikan sebuah drama rantaian TV3 dan menerima maklum balas yang positif selepas melihat gandingannya bersama Aedy Ashraf.

Menurut Nabila, novel tersebut kini sudah dicetak sebanyak empat peringkat dan mendapat tempat di ruangan ‘bestseller’ di kebanyakan kedai buku.

“Alhamdulillah, saya gembira sangat novel Kerana Cinta Itu Ada dah empat batch dah kita print. Dekat bookstore pun buka saya ada kat ruangan bestseller corner.

“Yang tu salah satu achievement yang saya rasa tak sangka betul sebab orang selalu release album apa semua. Tu pun impian saya juga tapi novel ni kira benda baru untuk saya dan penyanyi. Lepastu kita buat pula drama,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila juga berhasrat untuk menerbitkan lagi sebuah novel suatu hari nanti sekiranya ada kelapangan waktu.

“Of course benda tu menaikkan semangat saya untuk buat lagi satu novel. Insya-Allah, kalau ada kesempatan dan masa, saya korek lagi pengalaman yang ada untuk buat lagi satu novel,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Nabila ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Universal Music Bersama Anak Yatim, baru-baru ini.

Terdahulu, Nabila tampil mendedahkan kriteria lelaki pilihannya dan tidak kisah sekiranya jodohnya diatur oleh keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Kriteria Jejaka Pilihan, Nabila Razali Tak Kisah Jodoh Pilihan Keluarga – ” Kalau Ada Yang Mahu Kenal, Saya Okay Je”

ARTIKEL BERKAITAN: #ThrowbackXTRA: Nabila Razali Kongsi Dugaan Berpuasa Di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi Nabila Razali Dan Adi Priyo Jadi Hadiah Buat Peminat

Fatin Nurain