[VIDEO] Aqasha Perform Lagu Shallow Buat Peminat Tak Keruan – “Padu! Suara Jantan Macam Bradley Cooper”

Tular baru-baru ini di media sosial yang memaparkan penyanyi dan pelakon kacak Aqasha yang membuat persembahan nyanyian di sebuah konsert baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akasyya Rosli tampil segak dengan mendendangkan lagu berjudul Shallow nyanyian asal Lady Gaga & Bradley Cooper.

Dengan penuh penghayatan, Aqasha berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sekali sehingga mencuri tumpuan warganet.

Ternyata persembahan tersebut menarik perhatian ramai yang rata-ratanya terpesona dengan kelunakan suara yang dimiliki bapa kepada dua cahaya mata ini.

Lebih menarik, ada juga yang menyamakan Aqasha seperti penyanyi asal itu iaitu Bradley Cooper.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pelantun lagu Embun ini sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu bergenre country.

Untuk info, Aqasha mula menceburi industri dalam bidang nyanyian namun disebabkan rezeki serta peluang yang lebih banyak diterima dalam dunia lakonan, sisi muzik lelaki berusia 41 tahun ini kurang diberi perhatian.

Antara lagu hitsnya yang mendapat tempat di halwa telinga peminat ialah Embun dan Cahaya Hati.

Aqasha turut memberanikan diri dengan menyertai program realiti nyanyian popular pada 2017.

Khairil Khusyairi