Isu Buka Tudung, Netizen Segan Bila David Teo Tegur Masya Masyitah – “Malunya Ya Allah..”

Tindakan penyanyi Masya Masyitah menanggalkan hijabnya baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah, ada yang beranggapan penampilannya yang kurang sesuai dengan imej berhijabnya sebelum ini adalah ‘hint’ untuk penyanyi ini menanggalkan hijab.

 

Terbaru, penerbit popular, David Teo tampil menegur tindakan penyanyi ini apabila mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Ramai orang kejar pahala dunia tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.

“Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.

“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalanNya,” katanya.

 

Meninjau ke ruangan balas video berkenaan, rata-rata netizen berasa malu dengan teguran yang diberikan David apatah lagi dia merupakan individu bukan Islam.

“Non Muslim menegur yang Muslim. Malunya ya Allah. Moga kita sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, makin ramai yang bertudung dah free hair.

“Bukan non Muslim menegur yang Muslim. Sedih dengan yang seagama sendiri.

“Terima kasih atas teguran yang diberikan David. Moga kkta semua istiqamah.

“Pergh! Aku malu gila… Tapi tuan badan tak malu sebab dia yang post sendiri kat IG dia.

“Konfius siapa Muslim sebenarnya ni. 

“Malu mat…David Teo lagi banyak pengalaman. Terima kasih Sir David,” komen netizen.

Terdahulu, Pada 30 Julai lalu, Masya tampil dengan pakaian berwarna merah jambu, berlatar belakangkan kereta mewah berona sama seakan-akan memberitahu kepada umum bahawa dia kini sudah tidak lagi berhijab.

“Your mind has to be stronger than your feelings,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

 

Salma Syahbuddin