[VIDEO] Aril Pilus Terkedu & Sebak Isteri Buat Surprise Hamil Anak Kedua – “After 8 Years Waiting…Doa Kami Allah Dengar”

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus meluahkan rasa sebak dan teruja apabila menerima kejutan daripada isterinya,   Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aril memuat naik sebuah video yang memaparkan dia menerima hadiah daripada isterinya.

Namun apa yang mengejutkan pelantun lagu Menatap Matamu itu adalah hadiah tersebut merupakan sepasang baju bayi dan diselitkan juga alat ujian kehamilan yang menunjukkan isterinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Terkejut dengan berita tersebut, Aril dilihat terkedu seketika lalu menitiskan air matanya dihadapan isteri dan anak lelakinya.

“Alhamdulillah doa kami Allah S.W.T dengar.

“Kena surprise dengan isteri sambil minum kopi, dia rahsiakan dari saya dalam sebulan lebih.

“After 8 years waiting, dengan isteri saya ada masalah fibroid (pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim). Allah SWT kurniakan rezeki kepada hambanya.

“Biarlah saya tak mewah wang ringgit, tapi rezeki Allah SWT kali ini cukup-cukup bermakna untuk saya dan keluarga,” kongsinya gembira.

Dalam pada itu, Aril menitipkan doa agar dia dan keluarga dipermudahkan segala urusan.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan saya dan keluarga, semoga anda semua sentiasa dlam lindungan Allah SWT, Aminn,” tutupnya.

Untuk rekod, Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, pada 20 Disember 2013.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.

Khairil Khusyairi