[VIDEO] Atiq Azman Tayang Body Lagi, Netizen Komen Sinis: “Dulu Kalau Post Nampak Aurat Terus Delete”

Nama pelakon Atiq Azman sering menjadi perhatian dek kerana cerita-cerita panas mengenai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman Tegaskan Tidak Suka & Benci Dituduh G*y – “Lantaklah Apa Nak Cakap…”

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman Bengang Individu Lelaki Dakwa Dirinya Acah ‘Straight’ – “Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas”

Terbaharu, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah ini nampaknya sekali lagi mengundang perhatian warganet.

Di Instagram, pelakon drama Nur itu memuat naik sebuah klip rakaman video yang memaparkan dia sedang menayangkan tubuh badannya yang sasa.

Hanya mengenakan seluar, Atiq dengan bersahaja berkongsi perkembangan terkini susuk tubuhnya itu selepas beberapa bulan mendapatkan bentuk badan idaman.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah sesetengah warganet berasa kurang senang dengan pelakon itu sehingga ada yang memberi teguran.

Menurut individu tersebut, dia mengimbas kembali saat Atiq pernah memadam foto yang mendedahkan auratnya ketika dahulu.

Namun individu tersebut juga tidak menafikan ada kalanya iman seseorang ada naik turunnya, malah mendoakan pelakon muda itu untuk kekal istiqamah.

Khairil Khusyairi