[VIDEO] Berduet Bersama, Netizen Terkejut Dengar Nyanyian Ibu Meerqeen – “Mak Dia Adik Beradik Dengan Safura Yaacob… Memang Sedaplah”

Sebut sahaja nama pelakon Meerqeen pasti ramai yang mengenalinya dek kerana mempunyai wajah yang tampan dan bakat lakonan yang tak kurang hebat.

Sering menjadi perhatian, Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam sentiasa meniti di bibir peminat-peminatnya.

Terbaharu, tular di media sosial memaparkan pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini sedang menyanyi bersama ibunya, Suraidah di sebuah acara.

Lebih comel, aksi dua beranak itu menyanyikan lagu Dua Insan oleh Datuk M. Nasir dan Yunizar Hussein.

Namun apa yang menarik perhatian adalah rata-rata warganet memuji kelunakan suara ibunya. Malah ramai menyatakan suara ibunya sama seperti penyanyi Safura Yaacob.

Manakan tidak, Suraidah dan Safura adalah adik beradik.

@suraidahyacob78 Bila anak request nak nanyi dgn mama.. kita belanja lah sikit ya.. walaupun kesamudera raya key nya.. #meerqeen #mama #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ @Meerqeen ♬ original sound – Blinc Sister

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan perlbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video di TikTok itu telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 48,000 tanda suka sejak semalam.

 Sebut sahaja nama pelakon Meerqeen pasti ramai yang mengenalinya dek kerana mempunyai wajah yang tampan dan bakat lakonan yang tak kurang hebat.

Sering menjadi perhatian, Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam sentiasa meniti di bibir peminat-peminatnya.

Terbaharu, tular di media sosial memaparkan pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini sedang menyanyi bersama ibunya, Suraidah di sebuah acara.

Lebih comel, aksi dua beranak itu menyanyikan lagu Dua Insan oleh Datuk M. Nasir dan Yunizar Hussein.

Namun apa yang menarik perhatian adalah rata-rata warganet memuji kelunakan suara ibunya. Malah ramai menyatakan suara ibunya sama seperti penyanyi Safura Yaacob.

Manakan tidak, Suraidah dan Safura adalah adik beradik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan perlbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video di TikTok itu telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 48,000 tanda suka sejak semalam.

 

Khairil Khusyairi