Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

Isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman seakan mengesahkan spekulasi rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Fauziah iaitu @mamazie68, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu memuat naik foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.

“Penyondol… Siti Munirah Abd Ghani ndlalaofficial,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tanpa sebarang penjelasan lanjut, ruangan komen dibanjiri dengan telahan netizen yang mengaitkan foto terbabit dengan dakwaan krisis perkahwinan ND Lala dan Fauziah yang bertebaran, baru-baru ini.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Wanita Muda, Selebriti Lelaki Popular 80-an Didakwa Berkahwin Lagi Secara Rahsia?

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

Padin