[VIDEO] Baju Hampir Tertanggal, Rose Blackpink Berdepan Detik Cemas

Kumpulan wanita popular dari Korea Selatan, Blackpink masih meneruskan siri jelajah konsert dunia mereka di Jakarta selepas membuat persembahan di Malaysia baru-baru ini.

Namun, salah seorang ahlinya, Rose atau Roseanne Park, 26, berdepan detik cemas apabila tali bajunya terbuka dan hampir mendedahkan sosok tubuhnya ketika sedang membuat persembahan solo menerusi lagu Hard To Love di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 11 Mac lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok,  Rose dilihat bertindak pantas memegang bahagian atas bajunya sambil meneruskan nyanyian sebelum penari latar datang membantu dan mengikat kembali baju tersebut.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Blackpink memuji tindakan Rose yang dianggap sangat profesional kerana masih meneruskan nyanyian walaupun berdepan detik mencemaskan.

 

Terdahulu,  konsert Born Pink In Kuala Lumpur dilaporkan telah mencapai keuntungan besar sehingga mencecah $9 juta Dollar iaitu bersamaan RM40,284,000.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

ARTIKEL BERKAITAN:Blackpink Trending Di Twitter, Peminat Teruja Mula Banjiri Perkarangan Stadium – “Demi BLINK! Tak Kisah Hujan Lebat Ke Tak”

ARTIKEL BERKAITAN:Demam Blackpink Belum Habis… Tular Penonton Naik Sheikh Ketika Menyanyi Lagu Pink Venom – “Betul-Betul Blinks Tu”Kumpulan wanita popular dari Korea Selatan, Blackpink masih meneruskan siri jelajah konsert dunia mereka di Jakarta selepas membuat persembahan di Malaysia baru-baru ini.

Namun, salah seorang ahlinya, Rose atau Roseanne Park, 26, berdepan detik cemas apabila tali bajunya terbuka dan hampir mendedahkan sosok tubuhnya ketika sedang membuat persembahan solo menerusi lagu Hard To Love di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 11 Mac lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok,  Rose dilihat bertindak pantas memegang bahagian atas bajunya sambil meneruskan nyanyian sebelum penari latar datang membantu dan mengikat kembali baju tersebut.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Blackpink memuji tindakan Rose yang dianggap sangat profesional kerana masih meneruskan nyanyian walaupun berdepan detik mencemaskan.

 

Terdahulu,  konsert Born Pink In Kuala Lumpur dilaporkan telah mencapai keuntungan besar sehingga mencecah $9 juta Dollar iaitu bersamaan RM40,284,000.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

ARTIKEL BERKAITAN:Blackpink Trending Di Twitter, Peminat Teruja Mula Banjiri Perkarangan Stadium – “Demi BLINK! Tak Kisah Hujan Lebat Ke Tak”

ARTIKEL BERKAITAN:Demam Blackpink Belum Habis… Tular Penonton Naik Sheikh Ketika Menyanyi Lagu Pink Venom – “Betul-Betul Blinks Tu”

Salma Syahbuddin