[VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Baru-baru ini, penyanyi Ning Baizura mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan Ning sedang lincah menari sambil menyanyi bersama selebriti Hunny Madu.

Di ruangan, video tersebut seakan mendapat tentangan ramai yang mempersoalkan aksi Ning.

Rata-rata netizen terkejut melihat gelagat dan penampilan Ning yang lincah menari dengan gaya rambut pendek berwarna ‘blonde’.

“Ya Allah Ning ke tu? Teristighfar aku terkejut tengok,” tulis netizen.

“Kenapa Ning macam tu…? Dulu sopan la juga seriously?” kata netizen lain.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen memuji penampilan Ning yang semakin muda.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 45,000 tontonan, lebih 70 komen dan 1,000 tanda suka.

Aqilah Paharuzi