[VIDEO] Baru Lepas Keguguran, Zulin Aziz Berang Kerap Diaju Soal Anak – “Rasa Macam Nak Tampar!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang dikatakan tiada empati serta tidak berlapik terutamanya dalam bertanya soalan-soalan sensitif.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Zulin mendedahkan keperitan dalam kehidupan selepas berkahwin yang dilaluinya selepas keguguran pada bulan lalu.

Dalam video tersebut, Zulin melepaskan rasa amarahnya terhadap netizen yang bertanya mengenai soal anak.

“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada baby. Tak ke rasa macam nak penampar orang tu? Sabarlah.

“Saya baru gugur bulan lepas tau,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Zulin sempat memberi pesanan kepada penonton TikTok live itu untuk mempunyai akal fikiran sebelum bertanya soalan yang akan mengguris hati orang lain.

Jadi kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, tolong elak dari tanya soalan sensitif. Suka tak ada common sense kalau tanya soalan,” luahnya.

Dalam pada itu, Zulin turut berkata dia pernah mengalami pengalaman yang sama ketika disoal mengenai jodoh.

Samalah dulu masa saya single pun orang tanya bila nak kahwin, saya jawab nanti saya kahwin dengan suami dia baru tahu. Ha terdiam terus, geram saya,” ujarnya.

Aqilah Paharuzi