[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet?

Penyanyi terkenal negara sebarang, Agnez Mo baru-baru ini mencuri perhatian netizen selepas tular sebuah video bersama penyanyi antarabangsa, Justin Timberlake di TikTok.

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan Agnez dan Justin berada di dalam sebuah bilik studio telah mencetuskan persoalan peminat sama ada mereka bakal berkolaborasi dalam single duet.

“Adakah ini video?” tanya Justin dalam video tersebut.

“Ye, ini video,” jawab Agnez sambil tertawa melihat gelagat Justin.

Berdasarkan ruangan kapsyen, pelantun lagu Jera itu memuji album terbaharu yang bakal dilancarkan oleh pemilik lagu Mirror itu.

“Terlalu banyak bermain. Tapi apa yang saya nak sampaikan album baru Justin sangat berada di level lain,” katanya.

Agnez juga berkongsi momen bersama Justin di Instagram miliknya turut meraih perhatian rakan selebriti lain yang teruja melihat gandingan mereka bersama.

Tidak kurang juga peminat Agnez di Malaysia turut membanjiri komen di akaun TikTok rasminya yang tidak sabar menunggu buah tangan terbaru mereka.

 

Aqilah Paharuzi