Featured By: Salma Syahbuddin December 1, 2023 @ 2:57pm

[VIDEO] Berhias Persis Barbie, Aaisyah Dhia Rana Didakwa Tak Enjoy Childhood Life? Ini Respons Che Ta – “You Enjoy Cara You, Aaisyah Enjoy Cara Dia!”

Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menyelar tindakan segelintir netizen mulut puaka apabila mendakwa anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana tidak gembira dengan kehidupan zaman kanak-kanaknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Che Ta tampil membidas kenyataan tersebut selepas memuat naik video sambutan hari jadi anaknya itu yang ke-9 tahun.

Katanya, setakat ini Aaisyah dapat apa yang dia mahukan dan adalah tidak betul sekiranya netizen membuat telahan dengan mengatakan anaknya itu tidak gembira.

“Orang yang komen lah kot dia tak enjoy dengan childhood dia.

“Aaisyah dapat apa yang dia nak. Jadi pasal apa dia tak enjoy pula! Dia bestfriend Aaisyah ke lagu mana?,” katanya.

 

Sementara itu, Che Ta juga menjelaskan, cara hidup setiap orang berbeza, jadi adalah tidak sesuai untuk membuat tuduhan sedemikian teruatamanya terhadap kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun.

“Lifestyle setiap orang tidak sama. Awak enjoy ‘cara’ awak, Aaisyah enjoy cara dia!,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan kehidupan Aaisyah adalah apa yang diidam-idamkan oleh kanak-kanak yang seusia dengannya.

Menerusi video berdurasi 19 saat yang dikongsikan, Aaisyah kelihatan tampil dengan memakai gaun berwarna merah jambu bersama-sama 9 biji kek bertemakan siri kartun popular itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Sep 2019

29 Kek Di Terima Agong Sempena Hari Keputeraan

Sebelum beredar Pasangan diraja sempat meluangkan masa & ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.

Trending Wed, 8 Jul 2020
Eat Travel Wed, 9 Oct 2019

Destinasi percutian hujung minggu yang pasti berbaloi!

Lima tempat ini pasti memberikan ketenangan buat pengunjungnya

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Tue, 30 May 2023

“Comelnya! Mata Bulat & Besar…” – Yaya Zahir Kongsi Foto Anak, Bombastic Side Eyes Jadi Perhatian!

Pergh! Dah besar nanti siapa kena bombastic side eyes ni confrim makan hati.😁😁😁

Trending Fri, 25 May 2018

小女娃「丰盛茂密头发」全家人都被她的头发萌哭

这名来自澳洲雪梨的「小女娃」Alexis Bartlett刚满6个月大,她从一出生就是大家的焦点,因为她有着一头非常茂盛的秀发,出门在外常常吸引路人的目光。

Trending Mon, 14 Oct 2019

如果「憨豆先生」都有份参演好莱坞电影!

如果说,好莱坞的大片都由憨豆先生出演,到底会是怎样的呢?

Featured Wed, 28 Sep 2022