[VIDEO] Berpakaian ‘Sendat’ Ketika Menari, Netizen Anggap ‘Kifarah’ Untuk Mia Sara

Nama pelakon Mia Sara kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet gara-gara tular sebuah video yang memperlihatkan dirinya sedang menari di platform TikTok.

Menerusi video tersebut, Mia sedang menari bersama rakannya dengan mengenakan baju berwarna kelabu yang dilihat sendat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Susulan itu, ramai warganet meluahkan rasa kecewa mereka apabila melihat cara berpakaian pelakon itu kerana dia seorang gadis bertudung.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi yang kurang senang terhadap penampilan Mia.

Tambah, ada segelintir warganet yang menyatakan bahawa ia sebuah ‘kifarah’ Mia kerana sebelum ini dia telah memandang rendah terhadap pelakon remaja, Puteri Balqis suatu ketika dulu.

Dalam pada itu, warganet turut menyatakan bahawa pemilihan rakan juga memberi pengaruh kepada seseorang.

Walaubagaiamanapun, video yang dimuat naik oleh rakannya itu dilihat telah dipadam.

Atiqah Johari