Featured By: Aqilah Paharuzi June 8, 2022 @ 4:42pm

[VIDEO] “Bila Tengok Balik, Saya Tak Sangka Boleh..” – Siti Nurhaliza Sebak Kenang Zaman Meniti Kejayaan.. Beri Pesanan Untuk Anak Muda

Penyanyi tersohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sebak apabila mengimbau kembali perjalanan karier seninya tatkala masih mentah dalam bidang nyanyian.

Siti yang digemari oleh ramai peminat itu mengakui tidak menyangka dirinya boleh mencapai kejayaan setimpal sepanjang 25 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Luahan hati tersebut dimuat naik menerusi sebuah video yang disunting oleh peminatnya dimuat akaun Instagram rasmi milik Siti.

Video tersebut memaparkan kejayaan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu yang meraih kemenangan untuk ‘Voice of Asia’ daripada tahun 1998 hingga 2003.

“Salam semua, rajin sungguh peminat saya sorang ni buat #throwback kejayaan saya. Saya pun dah hampir lupa moment ni, tapi bila tengok semula saya pun tak sangka saya mampu lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti turut sempat meninggalkan pesanan kepada peminatnya agar sentiasa ‘menunduk’ kepada Maha Pencipta, Allah SWT dan mendidik semua agar tidak bongkak tika mengecapi kejayaan..

“Dalam hidup kita perlu ada kesungguham dan perancangan. Tahu bagaimana untuk mencapai kejayaan. Jangan malas, lemah, sombong dan besar diri sebab akan ada orang yang lebih baik dari kita.

“Sentiasalah bersyukur, merendah diri serta selalu belajar dari kesilapan serta jangan LUPA kepada ALLAH YANG MAGA AGUNG. Mintalah padaNya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tinjauan di ruangan komen dibanjiri oleh komen-komen peminat dan rakan selebriti yang turut meluahkan rasa bahagia dan bangga atas kejayaan yang dimilikinya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Fri, 10 Sep 2021

“Macam Muka Puteri Raja..”- Kecantikan Anak Gadis Fiza Halim Curi Perhatian Ramai

Kecantikan anak gadis kepada pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim berjaya mencuri perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Fiza berkongsi beberapa foto anak dara suntinya di laman Instagram setelah lama tidak bersua muka. Menerusi […]

Featured Thu, 23 Mar 2023
Hiburan Wed, 24 Jan 2024

Jumpa Bagasi Berisi 4 Ekor Kucing, Nasib Baik Tak M*ti… Netizen Doa Semoga Individu Yang Buang Diberi Balasan Setimpal

Tergamaknya buat macam tu kat kucing! Kalau jumpa pelaku dia, lunyai Min kerjakan!

Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Fedtri Yahya Tampil Dengan Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’, Dalami Kisah Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton bermula 2 Januari lalu, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam […]

Trending Wed, 16 Jun 2021

Bukan Cerita Klise, Budak Tebing 2 Pamer Isu Kekeluargaan & Penderaan

Dengar cerita Drama ni bukan drama cintan cintun macam selalu tu….