[VIDEO] Bintik Merah & Urat Tangan Timbul, Afieq Shazwan Risau – “Dah Seminggu Macam Ni”

Baru-baru ini, penyanyi Afieq Shazwan memuat naik hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) memaparkan keadaan tangannya yang tiba-tiba berurat.dan muncul bintik-bintik merah yang banyak.

Kongsi Afieq, keadaan itu telah dialaminya dalam tempoh seminggu malah badannya turut berasa tidak sihat.

“Kenapa naik macam ni eh? Dah seminggu badan asyik tak sedap je ni 🥺,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Lelaki Di Telefon itu turut berkongsi sebuah video berdurasi lebih 20 saat yang memperlihatkan bahagian tangan kirinya itu.

“Ish kenapa ni eh?,” tanya Afieq.

Terdahulu, Afieq membuat perkongsian kepada umum bahawa dia kini tidak mampu untuk melakukan aktiviti lasak selepas mengalami kecederaan pada lutut kiri.

Artikel Berkaitan: Lutut Terkeluar, Afieq Shazwan Tidak Boleh Lincah Macam Dulu

Atiqah Johari