[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah yang memaparkan dia dan ibunya, Datin Seri Nur Shahida sedang membuat trend TikTok menggunakan lagu Sure Thing nyanyian Minguel.

Menerusi hantaran tersebut, Qadejah yang khusyuk melakukan trend itu telah diperhatikan oleh ibunya yang duduk di sebelah.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah reaksi Shahida yang melihat anaknya itu sedang melakukan trend tersebut dengan penuh bersemangat.

“I’m so sorry i forgot the steps,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak beranak ini.

“The way your mom is confused.

“Mak dia pun dah confuse.

“Dia macam nervous mak dia pandang kat belakang.

“Mak-mak kalau usha macam itu awal-awal, mesti dah salah step hahaha.

“Aku risau tengok Datin usha macam itu. Dah geleng-geleng sampai lupa step.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa rupa paras mereka berdua seiras.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 745,000 tontonan, 52,000 tanda suka dan lebih 197 komen.Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah yang memaparkan dia dan ibunya, Datin Seri Nur Shahida sedang membuat trend TikTok menggunakan lagu Sure Thing nyanyian Minguel.

Menerusi hantaran tersebut, Qadejah yang khusyuk melakukan trend itu telah diperhatikan oleh ibunya yang duduk di sebelah.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah reaksi Shahida yang melihat anaknya itu sedang melakukan trend tersebut dengan penuh bersemangat.

“I’m so sorry i forgot the steps,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak beranak ini.

“The way your mom is confused.

“Mak dia pun dah confuse.

“Dia macam nervous mak dia pandang kat belakang.

“Mak-mak kalau usha macam itu awal-awal, mesti dah salah step hahaha.

“Aku risau tengok Datin usha macam itu. Dah geleng-geleng sampai lupa step.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa rupa paras mereka berdua seiras.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 745,000 tontonan, 52,000 tanda suka dan lebih 197 komen.

Dharnieya Nur Amelsa