“Lebih 3 Bulan Dia Halang Saya Jumpa Anak…” – Adam Shahz Dakwa Fatin Afeefa Sekat Nombor, Tekad Mahu Hak Sebagai Bapa

Umum sedia maklum, pelakon, Adam Shahz dan bekas isterinya Fatin Afeefa, hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam susulan kes penjagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia.

Artikel Berkaitan: “When They Think They Can Hurt You, But Your Mental Has Been Abused For Years” – Fatin Afeefa

Memetik laporan Kosmo Online, Adam berkata sebelum ini dia akan berjumpa dengan anaknya dua kali seminggu namun kini dakwanya Fatin tidak membenarkan dirinya berjumpa Ivy semenjak tiga bulan lalu.

Berdasarkan temubual tersebut, Adam berkata dia tidak dapat tahu perkembangan anaknya itu kerana nombor telefonnya telah disekat oleh pelakon filem Tentang Bulan dan bekas mentuanya.

“Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja.

“Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja” tegasnya.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah sana (Fatin) dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya. Jadi saya tidak boleh berhubung dengan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Adam berkata bekas isterinya tidak memaklumkan kepadanya mengenai keberadaan anaknya yang telah dimasukkan ke sebuah sekolah asrama.

“Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu,” tambahnya.

Menjelaskan keputusannya untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan, Adam berkata dia tidak mahu bermusuhan, sebaliknya hanya mahukan hak sebagai seorang bapa.

“Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.

“Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada, Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak,” katanya.

Sekadar info, Adam dan Fatin berkahwin pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada Mei 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, manakala anak lelakinya, Adam Aisy Arrian adalah perkahwinan sebelum Adam.

Sumber/Kredit: Kosmo

Aqilah Paharuzi