[VIDEO] Dahlia Shazwan Jumpa ‘Kembar Seiras’ Di Syria Raih Perhatian – “Kembar Jauh Terpisah Masa & Geografi”

Perkongsian personaliti TV, Dahlia Shazwan menarik perhatian ramai, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dahlia memuat naik sebuah foto dan video yang memaparkan dia sedang bergambar bersama seorang kanak-kanak asal Syria.

Video yang dimuat naik Dahlia juga memaparkan mereka sedang melambai ke arah kamera.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajah mereka nampak sangat seiras apabila mereka merakamkan momen itu bersama.

“Assalamualaikum dan salam jumaat!

“Meet my Syrian twin,” kongsi Dahlia teruja.

Dalam kesempatan itu, Dahlia turut meminta semua mendoakan kesejahteraan kanak-kanak tersebut malah berharap mereka dapat bertemu lagi.

“Tolong doakan agar kita dapat lihat dia membesar, sambung pengajiannya dan berjasa kepada tanah airnya.

“Harap dapat jumpa dia lagi pada ziarah saya yang akan datang, Amin,” ujarnya.

Difahamkan, Dahlia dan beberapa kenalan lain ke Syria dan Turkiye bagi membantu golongan memerlukan dalam sebuah misi kemanusiaan.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja apabila melihat kembar seiras itu. Malah menyifatkan mereka sangat comel bersama.

Sehingga kini, perkongsian Dahlia itu telah meraih lebih 32,000 tanda suka dan lebih 800 komen di IG miliknya.

Khairil Khusyairi