Pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya tercinta, Aliff Awang menjadi perhatian selepas sah berkahwin pada 30 Disember lalu.
Selepas aktres filem Tentang Bulan ini didakwa berkahwin gara-gara kekayaan, Fatin sekali lagi menjadi sebutan di media sosial gara-gara sebuah video di TikTok.
Berdasarkan video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di akaun TikTok Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu, Fatin berbaring atas paha suaminya sambil membuka aplikasi Forex di telefon bimbit.
âWife minat forex, kita layan jela. Dia macam tumpul sikit âsâ wife,â tulisnya di ruang kapsyen.
Artikel Berkaitan:Â Dituduh Kahwin Jutawan Sebab Harta, Azhar Sulaiman âBack Upâ Fatin Afeefa â âSaya Setuju Dia Dengan Lelaki âBerjenisââ
Artikel Berkaitan:Â [VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal â âApa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..â
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertumpu kepada tempat Fatin baring sehingga membuatkan ramai tersipu malu.
âLain macam tempat landing dia, ulang-ulang aku tengok,â kata netizen.
Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang memuji pasangan ini saling bermanja penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
âAbang tak kenal kamu Opai, tapi abang suka cara kamu. Semoga kekal hingga ke akhir hayat Insya-Allah,â tulis salah seorang netizen.
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 200,000 tontonan, 7,000 tanda suka dan lebih 200 komen.
So yang nangis tu, 'wayang' je la guys? Aliff mengaku rumah tangga bergolak dengan Bella…
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar đ
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza