Didakwa Simpan ‘Beer’ Dalam Peti Sejuk, Ini Respons Danial Chuer

Penyanyi Danial Chuer mendedahkan dirinya didakwa menyimpan minuman keras.

Memaklumkan perkara terbabit menerusi ciapan di akaun Twitter, Danial didakwa menyimpan minuman dalam peti sejuk rumah sewanya.

“Housemate baru aku complain dekat agent rumah, cakap ada beer dekat dalam fridge. Aku pun peliklah, mana pernah aku nampk ada beer sepanjang aku stay sini even though I have non-muslim housemates.

“Rupanya, Ning Xia lah gila dia panggil beer,” ciap Danial.

Untuk info, Ning Xia yang didakwa minuman keras itu adalah suplemen antioksida.

Malah, Danial menyatakan bahawa rakan serumahnya itu boleh sahaja membuat carian mengenai minuman tersebut sebelum menuduh semberono.

Namun begitu, Danial atau nama sebenarnya Danial Chuer Hamasiah Samsudin, 21, tidak marah dengan insiden tersebut malah ia menghiburkan harinya.

“Aku ni dah lah tak pernah-pernahnya reply dalam group rumah, tiba-tiba hari ini tergerak hati nak reply sebab aku rasa kelakar tau.

“I mean, kalau dia tak tau apa benda natang Ning Xia ni, he could’ve search on internet what. Takpelah, ada jugalah hiburan untuk hari ini,” luahnya.

Atiqah Johari