[VIDEO] Gelagat Adira Suhaimi Main Lato-Lato Bikin Netizen Terhibur – “Kenapa Tangan Sebelah Lagi Berkepak Macam Nak Terbang”

Permainan lato-lato yang berasal dari Indonesia semakin mendapat tempat dalam kalangan warganet, malah permainan itu juga tidak hanya mendapat sambutan dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Terbaharu, penyanyi Adira Suhaimi tidak ketinggalan mengambil kesempatan bermain permainan tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Stress juga eh lato-lato ni, iklan jap ambil detox dulu,” tulisnya.

Bahkan, melihat gelagatnya bermain permainan tersebut, ramai warganet terhibur dan menyifatkan Adira sebagai seorang yang kelakar apatah lagi bila melihat hayunan tangannya yang seakan-akan hendak terbang.

Sekadar indo, permainan lato-lato mempunyai pemberat yang dikenali sebagai pendulum. Manakala,  cara permainnya pula adalah dengan menghayun kedua-dua pemberat tersebut agar ia bertembung antara satu sama lain.

 

Salma Syahbuddin