“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi rap terkenal, MK K-Clique hangat menjadi perbualan ramai di serata media sosial.

Ia ekoran tular sebuah video memaparkan MK sedang berhibur di salah sebuah kelab malam terletak di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian terdapat sebotol air minuman keras berada di hadapan MK yang sedang rancak menari di sebelah DJ tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen mendakwa MK pergi ke kelab malam hampir setiap hari.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir netizen terkejut melihat kelibat MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berada di kelab malam serta mengecewakan sesetengah pihak.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengungkit semula pengakuannya yang mahu menyertai tabligh sekitar dua tahun lalu sehingga mula menanggalkan rantai serta gelang emas.

Artikel Berkaitan: Sertai Jemaah Tabligh, Netizen Doa MK K-Clique Istiqamah, Mohon Buang Rantai Emas Yang Dipakai

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis masih tiada sebarang respons daripada pihak MK sendiri berhubung kontroversi tersebut.

Video tersebut telahpun meraih sebanyak 200,000 tontonan, lebih 18,000 tanda suka dan 81 komen.

Aqilah Paharuzi