Hadir Konsert Bersama Shuib, Netizen Masih ‘Bitter’ Dengan Watie?

Umum mengetahui mengenai hubungan pelawak, Shuib dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah apabila Shuib memaklumkan bahawa dia dalam fasa mengenal hati budi.

Semalam, Shuib dan Watie dilihat menghadiri konsert 25 Years Lah Ahmad Live in Concert yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC).

Apa yang menarik perhatian adalah pasangan itu mengenakan pakaian sedondon serba hitam dan kuning.

Malah, Watie turut berkongsi video suasana pada konsert dan memperlihatkan Shuib berada di sebelahnya.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro sebelum ini, Shuib menepis dakwaan bahawa bakal berkahwin dengan Watie pada Mac ini.

Bagaimanapun, Shuib menyatakan bahawa dia tidak akan membelakangkan keluarga dalam membuat apa-apa keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Serahkan Pada Allah” – Didakwa Sibuk Siapkan Majlis Kahwin, Shuib Tampil Beri Penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sering Persoal Pilihan Hati, Ini Penjelasan Shuib – “Yang Kenal Pasangan, Kita Saja”

Menjengah di ruangan komen hantaran Watie, ada segelintir dilihat mempertikaikan hubungan Shuib dengannya, sehingga mempersoalkan kemampuannya untuk menjadi ibu kepada anak-anak pelawak itu.

Tidak kurang juga, ramai warganet mempertahankan Watie daripada dikritik.

Atiqah Johari