Featured By: Aqilah Paharuzi January 5, 2023 @ 5:56pm

[VIDEO] Gelagat Sharifah Zarina Berleter Athalia Pakai Seksi Buat Ramai Terhibur! – “Siap Bawa Luggage! Dah Berbuih Mulut Tegur…” 

Anak perempuan penyanyi Sharifah Zarina, pempengaruh Athalia sering meraih tumpuan netizen di media sosial.

Terkini, sebuah video TikTok tular memaparkan gelagat Zarina berleter kepada anaknya yang berpakaian seksi semasa berada di Florida untuk menyambut tahun baru.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Athalia dilihat membawa bagasi besar dan memakai skirt pendek, namun dikaburkan oleh ibunya.

“Hidayah itu milik Allah. Been there done that! Yang penting, jangan lupa solat,” tulisnya di ruang kapsyen.

Dalam video itu, Sharifah Zarina memberi teguran

“Awak nak lari pergi mana?” soal Zarina.

“Ibu bapa saya dah tak mahukan saya di Malaysia,” jawab Athalia.

“Saya tak nak awak ada di Malaysia. Awak terlalu seksi, haram haram.. Awak terlalu degil. Dah berbuih-buih mulut saya tegur awak setiap hari tapi awak masih macam ni,” ujar Zarina.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak-beranak ini terutamanya Zarina yang ‘sporting’ melayan anak.

Ada juga yang memberi pesanan kepada Zarina untuk tidak memuat naik foto atau video seksi anaknya di media sosial.

Semasa artikel ini ditulis, video ini meraih sebanyak 150,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan 22 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Tak Kisah Nak Kecam Atau Kutuk, Tapi…” – Anak Peluk Lelaki ‘Mat Salih’ Di TikTok, Ini Respons Sharifah Zarina Apabila…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Fazley Yaakob Naik Angin!

Judul tersebut mendapat kecaman serta kritikan dari seorang penggiat seni kulinari melalui media sosial sehingga tular diperkatakan netizen khususnya di kalangan pencinta masakan.

Trending Sat, 29 Jun 2019

Usah Keliru Dengan Pingat, Ketua SPRM Jawab Isu ‘Bar Ribbon’

Susulan isu bar ribbon yang timbul selepas disuarakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Kota tampil memberi penjelasan.

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Selamat Hari Jadi Zizan! Dah boleh dah tu…

Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Featured Sat, 8 Jan 2022
Featured Tue, 18 Jul 2023
Featured Mon, 15 Jan 2024