Featured By: Yanie Baharom February 12, 2019 @ 12:00pm

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Kempen terbaru jenama mewah Gucci yang bertemakan #GucciShowtime mengimbau legasi dan zaman kegemilangan muzikal teater era 40-an hingga 50-an yang pernah melahirkan ramai bintang-bintang ternama seperti Gene Kelly, Rita Hayworth, Leslue Caron, Oscar Levant dan Georges Guatery. 

Barisan bintang yang disebutkan adalah pemain watak utama untuk muzikal ternama Hollywood yang masih lagi diingati hingga kini seperti Singin’ in the Rain (1952), Cover Girl (1944) dan An American In Paris (1951).

Foto: L’Officiel Malaysia

Mengambil kesempatan itu Gucci meraikan legasi dan kegemilangan zaman kelahiran status selebriti melalui kempen terbaru mereka, #GucciShowtime.

Sarat dengan pelbagai rona, tenaga, dan semangat yang jitu, #GucciShowtime, di bawah arahan Glen Luchford, mengambil inspirasi daripada beberapa muzikal ikonik Hollywood untuk diadaptasikan ke dalam kempen fesyen ini. 

Foto: Hashtag Legend

Menekankan elemen glamor yang disanjungi ramai, #GucciShowtime menampilkan pengimejan technicolor dan unsur teater ibarat bagaiksn berada di alam mimpi yang lazim dengan era 40-an dan 50-an. 

Gucci juga mengambil kegemilangan imej monokromatik dengan gambar-gambar hitam dan putih menampilkan model mereka dalam watak muzikal Gucci yang kelihatan penuh dramatik dan bergaya.

Foto: Twitter

 

 

 

Senarai produksi

CREATIVE DIRECTOR: Alessandro Michele
ART DIRECTOR: Christopher Simmonds
PHOTOGRAPHER/DIRECTOR: Glen Luchford
HAIR STYLIST: Paul Hanlon
MAKE-UP ARTIST: Isamaya Ffrench
IMAGES & VIDEO
AN AMERICAN IN PARIS: TM & ©️ Turner Entertainment Co. (s19)
SINGIN’ IN THE RAIN: TM & ©️ Turner Entertainment Co. (s19)
THE BAND WAGON: TM & ©️ Turner Entertainment Co. (s19)
GENTLEMEN PREFER BLONDES ©️ 2019 Twentieth Century Fox Film Corporation.
THERE’S NO BUSINESS LIKE SHOW BUSINESS ©️ 2019 Twentieth Century Fox Film Corporation.
COVER GIRL ©️ 2019 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved.
VIDEO MUSIC
“THERE’S NO BUSINESS LIKE SHOW BUSINESS” by Irvin Berlin
©️ Berlin Irving Music Corp

 

Sumber video: YouTube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Apr 2022
Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Featured Mon, 13 Feb 2023

PU Riz Wish Birthday Neelofa, Tapi Ucapan Akhir Jadi Perhatian – “Sekarang Bukan Gemuk, Tapi..”

Awhhhh sweetnya ucapan birthday Haris untuk Lofa ❤️❤️❤️