Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2023 @ 5:30pm

“Perempuan Pun Tak Boleh Lah Push Suami, Kena Sedar Ruang Jugak!” – Kongsi Ciapan Di Twitter, Nabila Huda Mohon Pasangan Suami Isteri…

 

Pelakon versatile, Nabila Huda meraih perhatian ramai selepas berkongsi ciapan di Twitter miliknya memohon agar pasangan suami isteri saling menghargai antara satu sama lain.

Menerusi perkongsian tersebut, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memaklumkan, jika seorang wanita mengasihi suami dan anak-anaknya, dia tidak akan melakukan perkara terkutuk apatah lagi berselingkuh.

Namun, sekiranya kepercayaan yang diletakkan oleh isteri terhadap suaminya dikhianati, maka itu adalah penutup untuk suami mendapatkan semula kepercayaan terhadap isteri mereka.

“Orang perempuan ni, kalau sayang memang sayang lebih dari nyawa dia. Setia jangan cakap lah. Jauh sekali nak berselingkuh. Tapi kalau sekali disakiti dan trust tu dah tak ada, that’s it.. Kalau hati dah tertutup, takkan ada dah peluang tu. Pujuk dan merayu lah maca mana pun,” ciapnya.

Dalam pada itu, Abil juga menegaskan, pasangan suami isteri harus menerima segala kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Bahkan, tidak meletakkan ‘mindset’ bahawa wanita yang bergelar isteri harus melakukan segala-galanya.

“Dalam relationship, perempuan kena terima kekurangan dan kelemahan. Sama-sama kena ubah apa yang tak ok. Lelaki pun sama, kena give and take. Jangan semua lepaskan kat perempuan. Lagi-lagi bila dah jadi isteri, dalam mindset isteri kena buat semua. Tak boleh gitu. Kena bersama.

“Perempuan pun tak boleh la push suami nak tunaikan apa yang suami tak mampu. Kena sedar ruang juga. Kita yang pilih untuk hidup dengan kita. Jadi apa kekurangan dan kelemahan kita sama-sama improve together,”katanya.

Tampil berani memberikan pendapat soal rumah tangga, Abil bagaimanapun berharap apa yang dikongsikannya itu dapat dijadikan peringatan dan pengajaran buat semua.

“Pengajaran sebenarnya untuk diri kita. Moral of the story, hargai lah pasangan kita sebaik-baik mungkin. Sayangi lah dia sepenuh jiwa. Jangan lah khianat cinta tu. Nanti kalau dah hilang, menyesal tak guna. Semua kenangan masa bersama hilang macam tu je,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada maan-mana pihak, namun ramai yang mendakwa ia ada kaitan dengan isu pergolakan rumah tangga membabitkan pelakon dan pengarah terkenal, puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Sekadar info, Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk bercerai dan tidak mahu berdamai seusai hadir ke sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelasaikan konflik rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Tue, 24 Dec 2019

Ketahui istilah cantik Oki Setiana Dewi untuk wanita

Perkongsian ilmu Oki bermanfaat untuk dihayati!

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Thu, 21 Feb 2019

邕圣祐323来马!个人大马粉丝见面会

邕圣祐3月23日来马举办《Eternity》个人首次大马粉丝见面会。

Featured Wed, 14 Sep 2022
Trending Thu, 23 Aug 2018

Grisly End to Superbiker After Being Dragged by Car for 2km on Highway

The freak accident is definitely not a nice way to go.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023