Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 14, 2022 @ 4:44pm

Tidak Tolak Untuk Bercinta Lagi, Namun Shila Amzah Lebih Berhati-Hati – “Saya Suka Dilamun Cinta!”

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah memaklumkan bahawa dia tidak berasa serik untuk menjalinkan hubungan cinta malah tidak pernah berhenti untuk mencari cinta sejati.

Namun, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amzah, 32 berkata dia akan berhati-hati andai suatu hari dia ditakdirkan bertemu jodoh.

Memetik laporan Gempak, Shila turut menyatakan bahawa soal jodoh ini merupakan perkara yang sukar untuk dijangka.

“Jika ditanya pada mana-mana manusia sekalipun berkenaan dengan perkahwinan, perhubungan, untuk memiliki anak sekalipun, kita tidak akan pernah bersedia. Sebab benda-benda itu suka untuk dijangka.

“Contohnya, kamu bersedia untuk bertemu dengan orang A, namun yang datang kepada kamu orang B. Jadi bagaimana? Bagi saya, tertakluk pada prinsip dalam hidup iaitu bukan semua orang sama.

“Begitupun, kalau jodoh datang pada saat dan ketika itu, saya terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Tapi dalam masa sama, saya akan lebih berhati-hati,” ujarnya kepada Gempak.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Khilaf Asmara itu mendedahkan yang dia suka berada dalam alam percintaan dan menganggap dilamun cinta itu sesuatu yang indah.

“Sebab saya suka dilamun cinta! Berada dalam alam percintaan memberikan rasa yang sangat indah. Tapi sudah tentu ia datang dengan halangan juga kan.

“Saya ada banyak cinta untuk dikongsikan dan ia membuatkan fikiran kita hidup,” jelasnya.

Ditanya adakah dia akan menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal dalam masa terdekat, Shila menafikannya.

“Kalau nak katakana saya mahu tamatkan zaman solo saya as soon as possible… no, itu tidak. Saya tengah nak enjoy sort of my single life. Selagi saya belum berkahwin saya anggap saya single,” katanya.
Untuk info, Shila telah mendirikan rumah tangga pada April 2018 bersama Haris Idraki Elias.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais, 1.

Walaubagaimanapun, hubungan mereka tidak berpanjangan apabila Shila memaklumkan bahawa dia dan suaminya telah berpisah pada awal Februari lalu.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Apr 2019

Nur’s Capabilities and Success Shows by Taking Home Six Awards at DFKL 2019!

A good quality drama deserves this kind of recognition, congratulations!

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Sun, 5 Jan 2025

Edry Abdul Halim Kesal Anak Autisme Kena Maki, Dihalau Seperti Anjing

Edry Abdul Halim kesal anak autisme menerima layanan buruk.

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Trending Tue, 10 Dec 2019

Hentikan Guna Plaster Tradisional Arahan Dari KKM

Plaster Tradisional Ini Dikesan Mengandungi Diphenhydramine

familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Elvina Mohamad Mula ‘Peka’ Siapa Kawan Siapa Lawan

Ada yang meminta saya meninggalkan suami selepas apa yang berlaku sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar. Aduhai…kenapa sampai begitu sekali. Perlu ke seorang kawan berbuat macam itu?

Featured Thu, 14 Nov 2019
error: Content is protected !!